MASKOT RASMI JOMAIREE
Airee the Ayam!
Ayam bulat, pipi merah jambu, tali pinggang warna Malaysia. Dia ada di setiap cabutan bertuah dan setiap pusingan roda, bersorak untuk semua pemenang.
Siapa Airee?
Airee ialah ayam kecil yang tidak pernah terlepas majlis. Makan malam tahunan syarikat, rumah terbuka, hari sukan sekolah, kenduri kahwin sepupu kawan jiran: kalau ada cabutan bertuah, Airee pasti ada di depan sekali.
Kerja dia mudah. Bila nama dicabut, dia bersorak. Bila roda berpusing, dia pening. Bila ada pemenang, dia melompat dan kepak sayap sampai bulu terbang.
Tali pinggang dia berwarna merah, putih, biru dan kuning kerana dia bangga jadi ayam Malaysia. Buckle bintang emas tu dia gilap setiap pagi.
Kata-kata kegemaran Airee
Anda akan dengar semua ini bila guna alat kami. Kadang-kadang dia ulang banyak kali. Maafkan dia, dia teruja.
Fail rasmi Airee
- Nama
- Airee the Ayam
- Jawatan
- Ketua Bersorak, JomAiree
- Makanan kegemaran
- Nasi lemak, sambal lebih. Ayam goreng? Tak payah, terima kasih.
- Hobi
- Bersorak, bergosip di majlis, berlatih congkak (masih kalah)
- Paling takut
- Perkataan “kenduri”
- Cita-cita
- Mengacarakan cabutan bertuah makan malam tahunan paling meriah di Malaysia
Kenapa nama dia Airee?
Airee dinamakan sempena seseorang yang sangat istimewa kepada orang yang membina laman ini. Seseorang yang sentiasa bersorak untuk orang lain, sama macam Airee.
Jom main dengan Airee
Kongsi dengan kawan
Imbas kod QR dengan telefon lain, atau paparkan di skrin dewan atau kelas supaya semua orang boleh buka. Boleh juga hantar ke kumpulan WhatsApp.